Maksudnya : Setiap
janji yang dibuat
harus ditunaikan.
Contoh ayat : Setiap parti yang menang dalam pilihan raya umum
harus menunaikan janji yang
termaktub dalam manifesto parti kerana kata
itu kota.
Wednesday, 12 December 2012
Ilmu Pelita Hidup
Lidah Pendeta : Ilmu Pelita
Hidup
Maksudnya : Ilmu
merupakan cahaya yang boleh menerangi
hidup seseorang.
Contoh ayat : Generasi murid abad ke-21 perlu diajar dengan
pelbagai disiplin ilmu kerana ilmu pelita hidup.Hilang Bahasa Lenyaplah Bangsa
Lidah Pendeta : Hilang Bahasa
Lenyaplah Bangsa
Maksudnya : Jika
sesuatu bahasa itu lenyap , maka
hilanglah bangsa tersebut
Contoh ayat : Orang Melayu perlu menggunakan bahasa Melayu
dengan betul kerana hilang bahasa lenyaplah bangsa.
Hidup Ini Suatu Perlumbaan
Lidah Pendeta : Hidup Ini
Suatu Perlumbaan
Maksudnya : Kita
perlu bersaing untuk mencapai
kejayaan dalam kehidupan.
Contoh ayat : Kita perlu berusaha dan bersaing untuk mencapai
kejayaan dalam kehidupan kerana hidup
ini suatu perlumbaan.Hidup Bahagia Tanpa Dadah
Lidah Pendeta : Hidup Bahagia
Tanpa Dadah
Maksudnya : Elakkan
diri daripada terjebak dengan dadah yang boleh merosakkan hidup kita.
Contoh ayat : Semua orang harus mengamalkan gaya hidup sihat
kerana hidup bahagia tanpa dadah.
Biar Lambat Asalkan Selamat
Lidah Pendeta :Biar Lambat
Asalkan Selamat
Maksudnya : Jangan terburu-buru melakukan sesuatu pekerjaan
sebaliknya lakukannya dengan penuh kesabaran demi kebaikan bersama-sama.
Contoh ayat : Encik Roslan memandu dengan cermat untuk pulang
ke kampung bersama-sama keluarganya
kerana dia memegang prinsip biar lambat asalkan selamat.
Bersekutu Bertambah Mutu
Lidah Pendeta : Bersekutu Bertambah
Mutu
Maksudnya : Perpaduan
dapat menjamin keharmonian hidup
Contoh ayat : Melalui sistem pendidikan , perpaduan rakyat Malaysia dapat dibentuk untuk menjamin keharmonian kerana bersekutu
bertambah mutu.
Subscribe to:
Posts (Atom)