Wednesday 12 December 2012

Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah

Lidah Pendeta : Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah
Maksudnya     : Pemimpin yang adil akan dimuliakan oleh pengikutnya, sebaliknya pemimpin yang zalim akan digulingkan.
Contoh ayat     : Hang Jebat sanggup menderhaka kepada  Sultan Melaka kerana baginya raja adil raja disembah,  raja zalim raja disanggah.

Badan Sihat Otak Cerdas

Lidah Pendeta : Badan  Sihat  Otak  Cerdas
Maksudnya     : Kesihatan yang baik membolehkan seseorang melahirkan idea yang bernas.
Contoh ayat     : Kementerian Pelajaran Malaysia melancarkan Dasar 1 Murid 1 Sukan kerana memegang prinsip  badan sihat otak cerdas.

Rosak Badan Kerana Penyakit, Rosak Bangsa Kerana Laku

Lidah Pendeta : Rosak  Badan  Kerana Penyakit, Rosak  Bangsa  Kerana  Laku
Maksudnya     : Penyakit boleh merosakkan tubuh sementara perlakuan yang  jahat boleh merosakkan nama baik bangsa dan negara.
Contoh ayat     : Kita hendaklah mengamalkan gaya hidup sihat untuk menjamin kesejahteraan kerana rosak badan kerana penyakit, rosak bangsa kerana laku.

Muafakat Itu Berkat

Lidah Pendeta : Muafakat  Itu  Berkat
Maksudnya     : Sikap bermusyawarah dan bekerjasama membawa  faedah kepada semua.
Contoh ayat     : Segala masalah dapat diselesaikan  secara muafakat kerana muafakat membawa berkat.

Pandu Cermat Jiwa Selamat

Lidah Pendeta : Pandu  Cermat  Jiwa  Selamat
Maksudnya     : Memandu kenderaan dengan berhati-hati  akan menyelamatkan nyawa.
Contoh ayat     : Pandulah kenderaan anda dengan berhati-hati kerana pandu cermat jiwa selamat.

Membaca Jambatan Ilmu

Lidah Pendeta : Membaca   Jambatan  Ilmu
Maksudnya     : Amalan membaca dapat membantu  kita menambahkan pengetahuan.
Contoh ayat     : Jika kita rajin membaca maka bertambahlah pengetahuan kita kerana
                                 membaca jambatan ilmu.

Masa Itu Emas

Lidah Pendeta : Masa  Itu  Emas
Maksudnya     : Masa itu  sangat  berharga
Contoh ayat     : Janganlah kita membuang masa dengan sia-sia kerana masa itu emas.