Tuesday, 4 December 2012

Latihan Peribahasa



Pilih peribahasa yang sesuai berdasarkan ayat di bawah.


1.      Zainal merupakan pelajar yang lemah dalam pelajaran. Cikgu Jawiyah berusaha bersungguh-sungguh mendidik Zainal.Akhirnya, Zainal menjadi pelajar yang pintar. Dia juga Berjaya memperoleh pekerjaan yang baik. Namun begitu, dia tidak pernah mengenang jasa gurunya itu. Sikap Zainal seperti _________________________.

2.      Tetamu yang hadir tidak jemu-jemu memuji pasangan  pengantin yang sedang bersanding di atas pelamin itu. Pasangan itu sangat sepadan bagai _____________.

3.      Seorang penduduk Kampung Sepinang telah mengadakan majlis perkahwinan anak perempuannya. Penduduk kampung bergotong –royong mendirikan khemah, menyediakan makanan, menghias pelamin dan sebagainya. Penduduk kampung saling bantu-membantu antara satu sama lain. Sikap mereka bagai ____________________________.

4.      Idrus tidak mahu menyertai aktiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh Persatuan Pengakap itu. Pelbagai alas an diberikan oleh Idrus untuk tidak mengambil bahagian dalam aktiviti perkhemahan tersebut bak kata pepatah ________________________________.

5.      Khalid termenung mengenang sikapnya yang tidak mengendahkan kata-kata ibunya. Dia sering berlumba haram pada setiap malam. Pada satu hari dia terlibat dalam kemalangan.Kakinya terpaksa dipotong. Kini dia menyesali perkara yang telah berlaku kepadanya, namun tiada gunanya. Bak kata orang ________________________.

No comments:

Post a Comment