Tuesday, 4 December 2012

Latihan Perbahasa

Pilih dan lengkapkan peribahasa yang sesuai untuk melengkapkan ayat-ayat di bawah.

·         carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
·         kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
·         sekali kena, dua kali tahu
·         murai tercabut ekor
·         melepaskan batuk di tangga
·         ditelan mati emak, diluah mati bapa
·         hujan jatuh ke pasir
·         bagai duduk di atas duri
·         bagai kelip-kelip terbang malam

  1. Lela yang suka bercakap banyak itu tidak ubah seperti ___________________.
  2. Puas ibu menasihati Kadir namun tidak diendahkan. Nasihat ibu bagai ___________.
  3. Lawatan Yang berhormat Menteri Besar Johor ke kampung itu memang ditunggu-tunggu oleh penduduk kampung, bak kata orang______________________________.
  4. “Ingat, __________________________”, kata ketua kumpulan itu kepada anggota-anggotanya supaya tidak membocorkan rahsia kumpulan.
  5. Kassim sudah serik untuk membeli telefon bimbit daripada penjual di kaki lima bangunan itu kerana baginya ___________________________.
  6. Perbuatan Tony bagai ____________________ kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberi oleh gurunya dengan sempurna.
  7. Abang dan kakak berbaik-baik semula setelah seminggu tidak bertegur sapa, seperti kata pepatah __________________________.
  8. Samy bagai ___________________. Dia serba salah untuk membuat pilihan sama ada mahu menyambung pelajaran atau bekerja sahaja di kampung.
  9. Kegiatan Johari yang memproses  dan mengedar dadah  itu terbongkar ______________.
  10. Mariah ____________________________ kerana bimbang akan disabitkan dengan kes rasuah yang dilakukannya.

No comments:

Post a Comment