Latihan (
Simpulan Bahasa)
A)Isi
tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.
naik
darah
|
halwa
telinga
|
sehelai
sepinggang
|
bidan
terjun
|
ada
gaya
|
sebatang
kara
|
curi
tulang
|
durian
runtuh
|
cakar
ayam
|
ulat
buku
|
gaji
buta
|
wang
muka
|
berat
sebelah
|
buta huruf
|
darah
daging
|
1.
Ali selalu__________ ketika majikannya tiada.
2.
Cikgu Jawiyah menegur Auni kerana
tulisannya ____________.
3.
Aida mendapat__________ kerana
memenangi pertandingan kuiz.
4.
Alia memeng ______________ menjadi
seorang model terkenal.
5.
Firaz seorang yang rajin ke
perpustakaan kerana dia __________.
6.
Pekerja itu lebih banyak berehat
daripada bekerja.Dia makan________ sahaja.
7.
Pak Deraman sanggup mengkhianati
___________nya sendiri demi harta pusaka.
8.
Mak Limah menyuruh anaknya membacakan
surat yang baru diterimanya kerana
dia_____________.
9.
Kadir terpaksa
membayar_______________ sebanyak RM5000 sebelum membeli kereta itu.
10. Banyak pihak yang tidak berpuas hati
terhadap pengadil pertandingan bola sepak yang _______________ itu.
11. Encik Peter sekeluarga tinggal
_____________apabila rumah mereka terbakar.
12. Razi _____________apabila gajinya
dipotong oleh majikan tanpa alas an yang kukuh.
13. Rosni menjadi ______________dalam
pertandingan kuiz itu kerana peserta sebenar tidak hadir.
14. Kong Seng mendengar muzik sebagai
________ semasa berehat di dalam biliknya.
15. Karim hidup __________ setelah
kematian ibu bapanya.
B) Tandakan (/) atau (X) bagi penggunaan simpulan bahasa dalam ayat di bawah.
1. Mimi
langkah kanan apabila dikejar
oleh harimau di hutan. ( )
2.
Penonton geli hati dengan
gelagat pelawak itu. ( )
3. Dia
digelar tangkai jering kerana
suka menderma.
( )
4. Fifi
naik angin kerana mendapat johan dalam pertandingan bercerita itu.
( )
5. Pada minggu hadapan Zulhelmi dan Hani akan
menjadi raja sehari.( )
6. Marry membawa buah tangan semasa melawat rakannya di hospital.( )
7. Dia
berjaya menjaringkan gol sebanyak dua kali semasa perlawanan bola sepak itu kerana dia kaki bangku. ( )
8.Encik
Tan member duit kopi kepada pegawai bank itu bagi meluluskan permohonan pinjamannya. ( )
9.Pelanggan
boleh melakukan tawar-menawar semasa membeli barangan di kedai itu kerana harga mati.
10.
Khalid yang berhati batu itu sering ingkar akan nasihat bapanya. ( )
No comments:
Post a Comment