Monday, 12 November 2012

Informasi Peribahasa


Faktor-faktor  Perkembangan  Peribahasa
Terdapat beberapa  faktor yang menjadi pemangkin kepada perkembangan peribahasa.

1)    Pengalaman dan pengamatan alam sekeliling.
Contoh: Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

2)    Lambang daripada keadaan dalam masyarakat.
Contoh: Bagai  menatang minyak yang penuh.
Menantikan kucing  bertanduk.

3)    Menyembunyikan kata-kata yang kasar
Contoh: Lembu punya  susu, sapi  dapat nama.
Siapa makan lada, dia terasa pedasnya.

4)    Menghuraikanadat
Contoh: Hukum berdiri  dengan adat, adat berdiri dengan bukti.
Siapa  menjala siapa terjun, siapa hutang siapa membayar

5)    Kata-kata orang yang arifdanbijaksana
Contoh: Berjagung-jagung  dahulus ementara menunggu padi masak.
Bawa resmi  padi semakin berisi semakin tunduk.

6)    KitabSuci
Contoh: Tuntutlah  ilmu, biar sampai ke liang kubursekalipun
Ilmu yang tiada diamal, seperti pohon tiada berbuah.

7)    Unsur-unsurasonansidanaliterasi
Contoh: Ikut hati mati, ikut suka duka,ikut rasa binasa
               Lain padang, lain belalang
               Lain lubuk lain ikannya
8)    CeritaDongeng
Contoh: Seperti Mat Jenin
Katak hendak  menjadi lembu
9)    Pengaruhbudaya lain
Contoh:Dalam laut boleh diduga ,dalam hat isiapa tahu (Siam)
       Ada semut ada gula (Parsi)
BENTUK DAN SUMBER

Oleh kerana cakap-cakap itu dibentuk dengan satu ikatan bahasa yang indah, maka melekatlah  dimulut orang ramai, lalu dipakai untuk menjadi sebagai  perbandingan, teladan  dan pengajaran.

Sumber: Muhd.Yusof  Mustafa, Mastika Bahasa,DBP (1965)


Peribahasa mengandungi  ciri-ciri komunikasi  modeni aitu; keringkasan, ketepatan dan  kepadatan.

Sumber: AwangSariyan  (kata pengantar) Tikaman  Bahasa, Mohd.Adnan Mohd  Ariffin, DBP(1992)


Terdapat 3 sumberasal-usul peribahasa  Melayu:

1)    Pengalaman hidup rakyat  jelata
Contoh: Keli dua  selubang

2)    Pengamatan orang arif  bijaksana
Contoh: Takkan lari gunung  dikejar

3)    Kandungan kitab  suci
Tuntutlah  ilmu hingga ke negeri China

Sumber: Abdullah Hussein, Kamus  Istimewa Peribahasa Melayu
DBP(1989)

Peribahasa itu ialah rangkaian –rangkaian  perkataan yang tetap,      
Tersimpul dan terbeku dengan  susunan yang khas dan dipakai dengan
erti yang khas  berlainan daripada  asalnya.

Sumber: ZAABA, Ilmu Mengarang MelayuDBP  (1965)



TAKRIF /DEFENISI PERIBAHASA

Zainal Abidin  Ahamad

Segala  susunan   cakap yang pendek yang telah  melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan benar tujuannya di pakai sebut-sebutan orang sebagai  perbandingan, teladan  dan  pengajaran.

Sumber: Ilmu  Mengarang  Melayu, DBP (1965)


Sarwono   Pusposaputra
Peibahasa  mempunyai  kalimat  singkat yang menkristalisasikan pengalaman mendalam  dan  panjang, atau  secara bernas dapat  disebut: filsafat mini

Sumber: Kamus  Peribahasa,PTGramedia (1987)

S.Nathan
Pada umumny a peribahasa mencerminkan  pemikiran  kognitif masyarakat Melayu tradisional. Makna  simpulan  bahasa bersifat  kolokasi, iaitu  menunjukkan  hubungan  kedudukan  atau kewujudan  antara satu perkataan dengan  yang lain dalam satu susunan.

Sumber:Simpulan Bahasa: SatuTinjauan Dari SudutMakna, Jurna lDewan Bahasa  Novenber (1998)

Muhammad Ariff Ahmad
Peribahasa  (termasukkiasan ,simpulan bahasa,pepatah-petitih, bidalan, perbilangan  dan  perumpamaan) ialah rangkaian  kata yang lahir daripada amatan  para bijaksana (intelek) terhadap perihidup  manusia, yang melekat di mulut  ( dapat  disebut  bila-bila  masa  sahaja) dan yang luas maknanya  lagi benar  tujuannya.

Sumber: Perlunya Pembakuan  Peribahasa, Bahasa  Jiwa   Bangsa 1990

Awang  Sariyan
Peribahasa dalam sesuatu bahasa mempunyai peranannya  yang istimewa, bukan sahaja memperkaya khazanah bahasa bahkan  lebih penting daripada itu memancarkan  pandangan  hidup, nilai, sikap,cara  berfikir, dan  kepekaan akal budi   masyarakat  pengguna  bahasa  itu.

Sumber:Tikaman  Bahasa  ,Mohd Adnan Mohd.Ariffin,Dewan Bahasa dan Pustaka(1992)

Ishak  Ramly
Peribahasa adalah cabang dalam sastera Melayu dan merupakan  ikatan bahas a atau  puisi Melayu  kuno yang bernilai sastera.

Sumber: Perkembangan  Peribahasa  Dalam  Bahasa Melayu, Jurnal ,Januari 1990

Keris Mas
Peribahasa adalah percakapan atau  ujian yang mengandungi kebijaksanaan pemikiran dan  pemerhatian ,yang  tersusun  dalam  bentuk yang ringkas, indah, sedap didengar  dan benar  pada  perasaan  dan  fikiran.

Sumber: Perbincangan Gaya Bahasa  Sastera,DBP(1988)

Abdullah   Hussain
Peribahasa  itu  sama  tuanya  dengan  bahasa sesuatu bangsa dan peribahasa mula-mula digunakan apabila bangsa manusia mulai mengenal peradaban ,ketika organisasi  kehidupan  perlu  diatur, batas antara  baik dengan  yang  buruk perlu diadakan  untuk  menjadi  pendinding  tata  tertib  pergaulan dan perhubungan hidup sesame manusia.

Sumber: Kamus  Istimewa  Peribahasa Melayu.DBP(1989)







Aspek Peribahasa  Kurang Dititikberatkan Walaupun Peribahasa Elemen Penting Dalam  Kemahiran  Berbahasa.

a)     Anggapan bahawa  peribahasa  merupakan  bahasa  klise/milik sastera lama
-Tidak  memahami  peribahasa  dengan  baik.
-Peribahasa   sukar  diingati
           -pengajaran  peribahasa  membosankan

Sumber: Goh Suzie: Penggunaan  Peribahasa  Melayu  Pelajar
Menengah,Jurnal DBP(1998)

b)    Masalah  Mempelajari  Peribahasa
-Terlalu  banyak  makna yang tersirat
-Terlalu  banyak  yang perlu dihafal
-Peribahasa  terlalu panjang dan pelbagai makna
-Ada  peribahasa yang mengelirukan

Pengajaran   Peribahasa

a)Abdullah  Hassan  dan  Ainon  Mohd  menyebut:
Para penutur Bahasa Melayu belajar bahasa kiasan secara alamiah sepertimana mereka  belajar perkataan-perkataan  Melayu yang lain .
 - Mereka  belajar bentuk-bentuk  kiasan  dan menghafal  makna-makna kiasan  tersebut. Memang  tiada  jalan lain belajar  kiasan /peribahasa selain menghafalnya.

Sumber: Kamus Pepatah, Bidalan-bidalan,Perumpamaan PTS Publication & Distributors Sdn.Bhd.2003

b)Ishak  Ramly menulis  pengajaran peribahasa  bukan  sahaja berguna untuk –kemahiran  bahasa  tetapi  mempertajam  rasa sehingga karangan menjadi indah dan bermutu.Dahulu menghafal peribahasa dan maknanya adalah  perkara  biasa.
-Taraf  sekarang, peribahasa bukanlah  untuk dihafalkan tetapi untuk digunakan  sekerap  mungkin dan  digabungjalinkan   dalam pelbagai situasi.

Sumber: Perkembangan Peribahasa Dalam  Bahasa Melayu, Jurna lDBP, Januari 1990


LohBoh Boon  menyatakan peribahasa sebagai satu aspek Bahasa  Melayu yang indah, seharusnya  diajar agar murid-murid dapat menikmati dan menghayati keindahannya malah menggunakannya untuk melahirkan fikiran  dan  perasaan  dengan  tepat dan halus.

-Pengajaran  Peribahasa di sekolah  melalui 3 peringkat  berikut:

1)    Pengamatan  tentang  pertalian di antara  benda-benda yang dibandingkan.
2)    Penyimpulan  erti simbolik  (tersembunyi)
3)    Penilaian  tentang  ketepatan  perumpamaan  dalam  kontek.

Sumber: Pengajaran  Peribahasa  Melayu, Perspektif  Dalam  Pengajaran
BM,DBP 1989.

Cover,D.J  mencadangkan  peribahasa  diajar  dengan empat  teknik:

1)    Guru menggunakan  buku nota tatabahasa sebagai alat mencatat peribahasa  terpilih  dan  membina ayat berdasarkan peribahasa tersebut.
2)    Pelajar membaca  petikan yang  mengandungi  peribahasa  dan guru menanyakan  peribahasa  dan  berbincang  tentangnya.
3)    Berdasarkan “Blackboard Composition” guru mencatat dan membimbing serta berbincang akan peribahasa sehingga menghasilkan karangan  lengkap.
4)    Berdasarkan  petikan dialog yang ada peribahasa, murid diajak menghafaz dialog tersebut  bagi  meningkatkan  konteks penggunaannya.

Sumber: Idioms and The Teaching Of An Active Vocabulary, Oxford , University Press, 1971


Qamar  Mamat Mencadangkan Pengajaran  Pempelajaran  Peribahasa:

1)    Kaedah  konteks  yakni  berdasarkan  konteks  dan  ayat  dilanjutkan penggunaannya  dalam  ayat  bebas.
2)    Kaedah latih-tubi berdasarkan  situasi, simulasi, main peranan, sumbangsaran,  boneka
3)    Bukan  teknik  menghafal  semata-mata

Sumber: Mengajarkan   Bahasa  Menggunakan  Simpulan Bahasa , Jurnal DBP ( 1996)

Pengajaran Peribahasa

-         Kaedah lakaran- Guru menggunakan lakaran tertentu di atas kad, papan tulis atau modul.
-         Kaedah meramal-Guru latih murid berfikir untuk mencari simpulan bahasa yang berdasarkan objek.
Contoh: kaki

Kaki- bangku
                        -botol
                      -bola
                                 -ayam
-Kaedah mengisi tempat kosong iaitu melengkapkan petak dengan huruf yang 
       sesuai bagi membentuk peribahasa.
       Murid digalakkan berbincang untuk tujuan tersebut.

        A  ______ _____            _____ UK________

        A        I             R                  M     U   K    A







-Guru bahasa wajar mempelbagai kaedah pengajaran pembelajaran untuk menarik minat pelajar agar p &p tidak terikat dan membosankan.


-Sukatan Pelajaran (2002) mencatatkan :
1)Peribahasa tidak seharusnya diajar dengan menyuruh murid menghafaz maksud 
    peribahasa yang disenaraikan.

2) Strategi-strategi pengajaran yang berkesan,lebih bermakna,menarik dan  
mencabar perlu digunakan seperti pendekatan kontekstual iaitu naratif, 
deskriptif dan sebagainya.


Penjelasan Peribahasa

1)    Makna Selapis
-         Peribahasa yang mengandungi makna yang tersurat (maksud literal)

a)     Bidalan
b)    Pepatah
c)     Lidah Pendeta atau Kata-Kata Hikmat
d)    Perbilangan


2)    Makna Berlapis
-Perbahasa yang  mengandungi makna tersirat (maksud figuratif)
a)  Perumpamaan
b)  Kiasan
c)  Simpulan  Bahasa
d)  Tamsil  dan Ibarat


No comments:

Post a Comment