Monday, 12 November 2012
Definisi Pepatah
Pepatah ialah susunan bahasa yang menjadi sebutan yang berkaitan dengan sesuatu peristiwa kehidupan masyarakat sehari-hari. Pepatah berasal daripada adat resam. Berfungsi sebagai pedoman dalam kehidupan bermasyarakat dan bentuknya berkerat-kerat atau berpatah-patah.
Contoh Perumpamaan
- Seperti kaca terhempas ke batu
- Bagai tikus jatuh ke beras
- Seperti bumi dengan langit
- Bagai pinang dibelah dua
Definisi Perumpamaan
Perumpamaan ialah susunan kata yang memberikan makna dalam bentuk perbandingan dan menggunakan pangkal kata seperti bak, bagai,macam, ibarat, laksana, seperti serta umpama.
Perumpamaan juga adalah hasil daripada analogi dua perkara.
Contoh Bidalan
- Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahit
- Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
- Belakang parang diasah lagikan tajam
- Jangan bawa resmi jagung, makin berisi makin tegak
- Menepuk air di dulang , terpercik muka sendiri
Definisi Bidalan
Bidalan ialah susunan bahasa yang berbentuk kiasan yang mempunyai erti
selapis yang menggambarkan perbandingan. Bidalan juga merupakan
ungkapan yang menjadi panduan nilai sosial, mengandungi teladan dan
nasihat.
Informasi Peribahasa
Faktor-faktor Perkembangan Peribahasa
Terdapat beberapa faktor yang menjadi pemangkin kepada perkembangan
peribahasa.
1)
Pengalaman dan pengamatan alam sekeliling.
Contoh:
Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
2)
Lambang daripada keadaan dalam masyarakat.
Contoh:
Bagai menatang minyak yang penuh.
Menantikan
kucing bertanduk.
3)
Menyembunyikan kata-kata yang kasar
Contoh:
Lembu punya susu, sapi dapat nama.
Siapa
makan lada, dia terasa pedasnya.
4)
Menghuraikanadat
Contoh:
Hukum berdiri dengan adat, adat berdiri dengan
bukti.
Siapa menjala siapa terjun, siapa hutang siapa membayar
5)
Kata-kata orang yang arifdanbijaksana
Contoh: Berjagung-jagung dahulus ementara menunggu padi masak.
Bawa resmi padi semakin berisi semakin tunduk.
6)
KitabSuci
Contoh: Tuntutlah ilmu, biar sampai ke liang kubursekalipun
Ilmu yang tiada diamal, seperti
pohon tiada berbuah.
7)
Unsur-unsurasonansidanaliterasi
Contoh: Ikut hati mati, ikut suka
duka,ikut rasa binasa
Lain padang, lain belalang
Lain lubuk lain ikannya
8)
CeritaDongeng
Contoh: Seperti Mat Jenin
Katak hendak menjadi lembu
9)
Pengaruhbudaya lain
Contoh:Dalam laut boleh diduga ,dalam
hat isiapa tahu (Siam)
Ada semut ada gula (Parsi)
BENTUK DAN SUMBER
Oleh kerana cakap-cakap itu dibentuk
dengan satu ikatan bahasa yang indah, maka melekatlah dimulut orang ramai, lalu dipakai untuk menjadi
sebagai perbandingan, teladan dan pengajaran.
Sumber: Muhd.Yusof Mustafa,
Mastika Bahasa,DBP (1965)
Peribahasa mengandungi ciri-ciri komunikasi modeni aitu; keringkasan, ketepatan dan kepadatan.
Sumber: AwangSariyan (kata
pengantar) Tikaman Bahasa, Mohd.Adnan Mohd Ariffin, DBP(1992)
Terdapat 3 sumberasal-usul peribahasa Melayu:
1)
Pengalaman
hidup rakyat jelata
Contoh: Keli dua selubang
2)
Pengamatan
orang arif bijaksana
Contoh: Takkan lari gunung dikejar
3)
Kandungan
kitab suci
Tuntutlah
ilmu hingga ke negeri China
Sumber: Abdullah Hussein, Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
DBP(1989)
Peribahasa itu ialah
rangkaian –rangkaian perkataan yang
tetap,
Tersimpul dan terbeku
dengan susunan yang khas dan dipakai dengan
erti yang khas berlainan daripada asalnya.
Sumber: ZAABA, Ilmu Mengarang MelayuDBP (1965)
TAKRIF /DEFENISI PERIBAHASA
Zainal Abidin Ahamad
Segala susunan cakap yang pendek yang telah melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa
lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan benar tujuannya di pakai
sebut-sebutan orang sebagai perbandingan,
teladan dan pengajaran.
Sumber: Ilmu Mengarang
Melayu, DBP (1965)
Sarwono Pusposaputra
Peibahasa mempunyai kalimat
singkat yang menkristalisasikan pengalaman mendalam dan panjang,
atau secara bernas dapat disebut: filsafat mini
Sumber: Kamus Peribahasa,PTGramedia (1987)
S.Nathan
Pada umumny a peribahasa mencerminkan pemikiran
kognitif masyarakat Melayu tradisional. Makna simpulan
bahasa bersifat kolokasi, iaitu menunjukkan
hubungan kedudukan atau kewujudan antara satu perkataan dengan yang lain dalam satu susunan.
Sumber:Simpulan Bahasa:
SatuTinjauan Dari SudutMakna, Jurna lDewan Bahasa Novenber (1998)
Muhammad Ariff Ahmad
Peribahasa (termasukkiasan
,simpulan bahasa,pepatah-petitih, bidalan, perbilangan dan perumpamaan)
ialah rangkaian kata yang lahir daripada
amatan para bijaksana (intelek) terhadap
perihidup manusia, yang melekat di mulut ( dapat
disebut bila-bila masa sahaja)
dan yang luas maknanya lagi benar tujuannya.
Sumber: Perlunya Pembakuan Peribahasa, Bahasa Jiwa Bangsa
1990
Awang Sariyan
Peribahasa dalam sesuatu bahasa mempunyai peranannya yang istimewa, bukan sahaja memperkaya khazanah
bahasa bahkan lebih penting daripada itu
memancarkan pandangan hidup, nilai, sikap,cara berfikir, dan
kepekaan akal budi masyarakat pengguna
bahasa itu.
Sumber:Tikaman Bahasa
,Mohd Adnan Mohd.Ariffin,Dewan Bahasa dan Pustaka(1992)
Ishak Ramly
Peribahasa adalah cabang dalam sastera Melayu dan merupakan ikatan bahas a atau puisi Melayu
kuno yang bernilai sastera.
Sumber: Perkembangan Peribahasa
Dalam Bahasa Melayu, Jurnal
,Januari 1990
Keris Mas
Peribahasa adalah percakapan atau ujian yang mengandungi kebijaksanaan pemikiran
dan pemerhatian ,yang tersusun
dalam bentuk yang ringkas, indah,
sedap didengar dan benar pada perasaan dan fikiran.
Sumber: Perbincangan Gaya
Bahasa Sastera,DBP(1988)
Abdullah Hussain
Peribahasa itu sama tuanya dengan
bahasa sesuatu bangsa dan peribahasa mula-mula digunakan apabila bangsa manusia
mulai mengenal peradaban ,ketika organisasi
kehidupan perlu diatur, batas antara baik dengan yang
buruk perlu diadakan untuk menjadi
pendinding tata tertib
pergaulan dan perhubungan hidup sesame manusia.
Sumber: Kamus Istimewa
Peribahasa Melayu.DBP(1989)
Aspek Peribahasa
Kurang Dititikberatkan Walaupun Peribahasa Elemen Penting Dalam Kemahiran
Berbahasa.
a)
Anggapan
bahawa peribahasa merupakan
bahasa klise/milik sastera lama
-Tidak memahami
peribahasa dengan baik.
-Peribahasa sukar
diingati
-pengajaran peribahasa
membosankan
Sumber: Goh Suzie: Penggunaan Peribahasa
Melayu Pelajar
Menengah,Jurnal DBP(1998)
b)
Masalah Mempelajari
Peribahasa
-Terlalu banyak
makna yang tersirat
-Terlalu banyak yang perlu dihafal
-Peribahasa terlalu panjang dan pelbagai makna
-Ada
peribahasa yang mengelirukan
Pengajaran
Peribahasa
a)Abdullah Hassan dan Ainon Mohd menyebut:
Para
penutur Bahasa Melayu belajar bahasa kiasan secara alamiah sepertimana mereka belajar perkataan-perkataan Melayu yang lain .
- Mereka
belajar bentuk-bentuk kiasan dan menghafal
makna-makna kiasan tersebut. Memang tiada jalan
lain belajar kiasan /peribahasa selain menghafalnya.
Sumber:
Kamus Pepatah, Bidalan-bidalan,Perumpamaan PTS Publication & Distributors
Sdn.Bhd.2003
b)Ishak
Ramly menulis pengajaran peribahasa bukan sahaja
berguna untuk –kemahiran bahasa tetapi
mempertajam rasa sehingga karangan
menjadi indah dan bermutu.Dahulu menghafal peribahasa dan maknanya adalah perkara
biasa.
-Taraf sekarang, peribahasa bukanlah untuk dihafalkan tetapi untuk digunakan sekerap
mungkin dan digabungjalinkan dalam pelbagai situasi.
Sumber:
Perkembangan Peribahasa Dalam Bahasa Melayu,
Jurna lDBP, Januari 1990
LohBoh Boon menyatakan peribahasa sebagai satu aspek Bahasa Melayu yang indah, seharusnya diajar agar murid-murid dapat menikmati dan menghayati
keindahannya malah menggunakannya untuk melahirkan fikiran dan perasaan dengan
tepat dan halus.
-Pengajaran Peribahasa di sekolah melalui 3 peringkat berikut:
1)
Pengamatan tentang
pertalian di antara benda-benda
yang dibandingkan.
2)
Penyimpulan erti simbolik
(tersembunyi)
3)
Penilaian tentang
ketepatan perumpamaan dalam kontek.
Sumber:
Pengajaran Peribahasa Melayu, Perspektif Dalam Pengajaran
BM,DBP
1989.
Cover,D.J
mencadangkan peribahasa
diajar dengan empat teknik:
1)
Guru
menggunakan buku nota tatabahasa sebagai
alat mencatat peribahasa terpilih dan membina
ayat berdasarkan peribahasa tersebut.
2)
Pelajar
membaca petikan yang mengandungi
peribahasa dan guru menanyakan peribahasa
dan berbincang tentangnya.
3)
Berdasarkan
“Blackboard Composition” guru mencatat dan membimbing serta berbincang akan peribahasa
sehingga menghasilkan karangan lengkap.
4)
Berdasarkan petikan dialog yang ada peribahasa, murid diajak
menghafaz dialog tersebut bagi meningkatkan
konteks penggunaannya.
Sumber: Idioms and The Teaching Of An Active
Vocabulary, Oxford , University Press, 1971
Qamar Mamat Mencadangkan Pengajaran Pempelajaran Peribahasa:
1) Kaedah konteks yakni berdasarkan
konteks dan ayat
dilanjutkan penggunaannya dalam ayat
bebas.
2) Kaedah latih-tubi
berdasarkan situasi, simulasi, main
peranan, sumbangsaran, boneka
3) Bukan teknik menghafal
semata-mata
Sumber: Mengajarkan
Bahasa Menggunakan Simpulan Bahasa , Jurnal DBP ( 1996)
Pengajaran Peribahasa
-
Kaedah lakaran- Guru menggunakan lakaran tertentu di
atas kad, papan tulis atau modul.
-
Kaedah meramal-Guru latih murid berfikir untuk
mencari simpulan bahasa yang berdasarkan objek.
Contoh: kaki
Kaki- bangku
-botol
-bola
-ayam
-Kaedah mengisi tempat kosong iaitu melengkapkan petak dengan huruf yang
sesuai bagi membentuk
peribahasa.
Murid digalakkan berbincang
untuk tujuan tersebut.
A ______ _____ _____ UK________
A I R M U
K A
-Guru bahasa wajar mempelbagai kaedah pengajaran pembelajaran untuk
menarik minat pelajar agar p &p tidak terikat dan membosankan.
-Sukatan Pelajaran (2002) mencatatkan :
1)Peribahasa tidak seharusnya diajar dengan menyuruh murid menghafaz
maksud
peribahasa yang disenaraikan.
2) Strategi-strategi pengajaran yang berkesan,lebih bermakna,menarik
dan
mencabar perlu digunakan
seperti pendekatan kontekstual iaitu naratif,
deskriptif dan sebagainya.
Penjelasan Peribahasa
1)
Makna Selapis
-
Peribahasa yang mengandungi makna yang tersurat
(maksud literal)
a) Bidalan
b) Pepatah
c) Lidah Pendeta
atau Kata-Kata Hikmat
d) Perbilangan
2)
Makna Berlapis
-Perbahasa
yang mengandungi makna tersirat
(maksud figuratif)
a) Perumpamaan
b) Kiasan
c) Simpulan
Bahasa
d) Tamsil
dan Ibarat
Sunday, 11 November 2012
Pantun Peribahasa
Budak-budak kupas bawang,
Taruh mari di dalam mangkuk;
Jangan bawa resmi keluang,
Tak boleh tengok buah di pokok.
Buah langsat kuning mencelah,
Sayang senduduk berbunga pagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.
Buah berembang di atas para,
Anak kumbang si ampai-ampai;
Memakai subang kusangka dara,
Rupanya memang ditebuk tupai.
Bunga Bakawali di Teluk Cengal
Buat ubat seribu guna;
Kilas di air sudah kukenal,
Yang mana satu jantan betina.
Burung jelatik burung jeladan,
Ketiga dengan burung tempua;
Sama cantik sama padan,
Ibarat pinang dibelah dua.
Burung disebut si burung merak,
Menjadi ratu istana rimba;
Untung sabut timbul nampak,
Untung batu tenggelam hamba.
Cari rebung tanah seberang,
Letak mari di atas tikar;
Kalau menyambung hendaklah panjang,
Kalau menebar hendaklah lebar.
Cedok air dengan baldi,
Cedok nasi dengan senduk;
Baik dibawa resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.
Cendawan tumbuh di batang,
Diambil orang setiap hari;
Bagai bulan di pagar bintang,
Pengantin duduk suami isteri.
Cik Yam duduk di pintu,
Sambil menjahit baju kurung;
Sahabat diam memang begitu,
Macam gunting makan di hujung.
Dari Siam pergi Kelantan,
Dari Kelantan ke negeri China;
Sesal dahulu pendapatan,
Sesal kemudian tiada guna.
Daun sireh jangan dikait,
Kalaulah kait mematah layu;
Telunjuk lurus kelengkeng berkait,
Itu pepatah orang Melayu.
Dayang Juita menanam padi,
Rumah buruk tangga sembilan;
Air mata jatuh ke pipi,
Macam pungguk rindukan bulan.
Daging punai di dalam dulang,
Kasi makan datuk Temenggung;
Jangan bawa resmi udang,
Ekor berdetik tahi di hujung.
Gunung Daik bercabang tiga,
Nampak dari Kuala Deli;
Buat baik berpada-pada,
Buat jahat jangan sekali.
Subscribe to:
Posts (Atom)





