Pilih dan lengkapkan peribahasa yang sesuai untuk melengkapkan ayat-ayat
di bawah.
·
carik-carik
bulu ayam, lama-lama bercantum juga
|
·
kecil
tapak tangan, nyiru ditadahkan
|
·
sekali
kena, dua kali tahu
|
·
murai
tercabut ekor
|
·
melepaskan
batuk di tangga
|
·
ditelan
mati emak, diluah mati bapa
|
·
hujan
jatuh ke pasir
|
·
bagai
duduk di atas duri
|
·
bagai
kelip-kelip terbang malam
|
- Lela yang suka bercakap
banyak itu tidak ubah seperti ___________________.
- Puas ibu menasihati Kadir
namun tidak diendahkan. Nasihat ibu bagai ___________.
- Lawatan Yang berhormat
Menteri Besar Johor ke kampung itu memang ditunggu-tunggu oleh penduduk
kampung, bak kata orang______________________________.
- “Ingat,
__________________________”, kata ketua kumpulan itu kepada anggota-anggotanya
supaya tidak membocorkan rahsia kumpulan.
- Kassim sudah serik untuk
membeli telefon bimbit daripada penjual di kaki lima bangunan itu kerana
baginya ___________________________.
- Perbuatan Tony bagai
____________________ kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberi oleh gurunya
dengan sempurna.
- Abang dan kakak
berbaik-baik semula setelah seminggu tidak bertegur sapa, seperti kata pepatah
__________________________.
- Samy bagai
___________________. Dia serba salah untuk membuat pilihan sama ada mahu menyambung
pelajaran atau bekerja sahaja di kampung.
- Kegiatan Johari yang
memproses dan mengedar dadah itu terbongkar ______________.
- Mariah
____________________________ kerana bimbang akan disabitkan dengan kes rasuah
yang dilakukannya.