Pilih dan lengkapkan peribahasa yang sesuai untuk melengkapkan ayat-ayat
di bawah.
| 
·        
  carik-carik
  bulu ayam, lama-lama bercantum juga | 
| 
·        
  kecil
  tapak tangan, nyiru ditadahkan | 
| 
·        
  sekali
  kena, dua kali tahu | 
| 
·        
  murai
  tercabut ekor | 
| 
·        
  melepaskan
  batuk di tangga | 
| 
·        
  ditelan
  mati emak, diluah mati bapa | 
| 
·        
  hujan
  jatuh ke pasir | 
| 
·        
  bagai
  duduk di atas duri | 
| 
·        
  bagai
  kelip-kelip terbang malam | 
- Lela yang suka bercakap banyak itu tidak ubah seperti ___________________.
- Puas ibu menasihati Kadir namun tidak diendahkan. Nasihat ibu bagai ___________.
- Lawatan Yang berhormat Menteri Besar Johor ke kampung itu memang ditunggu-tunggu oleh penduduk kampung, bak kata orang______________________________.
- “Ingat, __________________________”, kata ketua kumpulan itu kepada anggota-anggotanya supaya tidak membocorkan rahsia kumpulan.
- Kassim sudah serik untuk membeli telefon bimbit daripada penjual di kaki lima bangunan itu kerana baginya ___________________________.
- Perbuatan Tony bagai ____________________ kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberi oleh gurunya dengan sempurna.
- Abang dan kakak berbaik-baik semula setelah seminggu tidak bertegur sapa, seperti kata pepatah __________________________.
- Samy bagai ___________________. Dia serba salah untuk membuat pilihan sama ada mahu menyambung pelajaran atau bekerja sahaja di kampung.
- Kegiatan Johari yang memproses dan mengedar dadah itu terbongkar ______________.
- Mariah ____________________________ kerana bimbang akan disabitkan dengan kes rasuah yang dilakukannya.
 
 






 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment