Faktor-faktor  Perkembangan  Peribahasa
Terdapat beberapa  faktor yang menjadi pemangkin kepada perkembangan
peribahasa.
1)   
Pengalaman dan pengamatan alam sekeliling.
Contoh:
Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
2)   
Lambang daripada keadaan dalam masyarakat.
Contoh:
Bagai  menatang minyak yang penuh.
Menantikan
kucing  bertanduk.
3)   
Menyembunyikan kata-kata yang kasar
Contoh:
Lembu punya  susu, sapi  dapat nama.
Siapa
makan lada, dia terasa pedasnya.
4)   
Menghuraikanadat
Contoh:
Hukum berdiri  dengan adat, adat berdiri dengan
bukti.
Siapa  menjala siapa terjun, siapa hutang siapa membayar
5)   
Kata-kata orang yang arifdanbijaksana
Contoh: Berjagung-jagung  dahulus ementara menunggu padi masak.
Bawa resmi  padi semakin berisi semakin tunduk.
6)   
KitabSuci
Contoh: Tuntutlah  ilmu, biar sampai ke liang kubursekalipun
Ilmu yang tiada diamal, seperti
pohon tiada berbuah.
7)   
Unsur-unsurasonansidanaliterasi
Contoh: Ikut hati mati, ikut suka
duka,ikut rasa binasa
               Lain padang, lain belalang
               Lain lubuk lain ikannya
8)   
CeritaDongeng
Contoh: Seperti Mat Jenin
Katak hendak  menjadi lembu
9)   
Pengaruhbudaya lain
Contoh:Dalam laut boleh diduga ,dalam
hat isiapa tahu (Siam)
       Ada semut ada gula (Parsi)
BENTUK DAN SUMBER
Oleh kerana cakap-cakap itu dibentuk
dengan satu ikatan bahasa yang indah, maka melekatlah  dimulut orang ramai, lalu dipakai untuk menjadi
sebagai  perbandingan, teladan  dan pengajaran.
Sumber: Muhd.Yusof  Mustafa,
Mastika Bahasa,DBP (1965)
Peribahasa mengandungi  ciri-ciri komunikasi  modeni aitu; keringkasan, ketepatan dan  kepadatan.
Sumber: AwangSariyan  (kata
pengantar) Tikaman  Bahasa, Mohd.Adnan Mohd  Ariffin, DBP(1992)
Terdapat 3 sumberasal-usul peribahasa  Melayu:
1)   
Pengalaman
hidup rakyat  jelata
Contoh: Keli dua  selubang
2)   
Pengamatan
orang arif  bijaksana
Contoh: Takkan lari gunung  dikejar
3)   
Kandungan
kitab  suci
Tuntutlah 
ilmu hingga ke negeri China
Sumber: Abdullah Hussein, Kamus  Istimewa Peribahasa Melayu
DBP(1989)
Peribahasa itu ialah
rangkaian –rangkaian  perkataan yang
tetap,       
Tersimpul dan terbeku
dengan  susunan yang khas dan dipakai dengan
erti yang khas  berlainan daripada  asalnya.
Sumber: ZAABA, Ilmu Mengarang MelayuDBP  (1965)
TAKRIF /DEFENISI PERIBAHASA
Zainal Abidin  Ahamad
Segala  susunan   cakap yang pendek yang telah  melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa
lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan benar tujuannya di pakai
sebut-sebutan orang sebagai  perbandingan,
teladan  dan  pengajaran.
Sumber: Ilmu  Mengarang 
Melayu, DBP (1965)
Sarwono   Pusposaputra
Peibahasa  mempunyai  kalimat 
singkat yang menkristalisasikan pengalaman mendalam  dan  panjang,
atau  secara bernas dapat  disebut: filsafat mini
Sumber: Kamus  Peribahasa,PTGramedia (1987)
S.Nathan
Pada umumny a peribahasa mencerminkan  pemikiran 
kognitif masyarakat Melayu tradisional. Makna  simpulan 
bahasa bersifat  kolokasi, iaitu  menunjukkan 
hubungan  kedudukan  atau kewujudan  antara satu perkataan dengan  yang lain dalam satu susunan.
Sumber:Simpulan Bahasa:
SatuTinjauan Dari SudutMakna, Jurna lDewan Bahasa  Novenber (1998)
Muhammad Ariff Ahmad
Peribahasa  (termasukkiasan
,simpulan bahasa,pepatah-petitih, bidalan, perbilangan  dan  perumpamaan)
ialah rangkaian  kata yang lahir daripada
amatan  para bijaksana (intelek) terhadap
perihidup  manusia, yang melekat di mulut  ( dapat 
disebut  bila-bila  masa  sahaja)
dan yang luas maknanya  lagi benar  tujuannya.
Sumber: Perlunya Pembakuan  Peribahasa, Bahasa  Jiwa   Bangsa
1990
Awang  Sariyan
Peribahasa dalam sesuatu bahasa mempunyai peranannya  yang istimewa, bukan sahaja memperkaya khazanah
bahasa bahkan  lebih penting daripada itu
memancarkan  pandangan  hidup, nilai, sikap,cara  berfikir, dan 
kepekaan akal budi   masyarakat  pengguna 
bahasa  itu.
Sumber:Tikaman  Bahasa 
,Mohd Adnan Mohd.Ariffin,Dewan Bahasa dan Pustaka(1992)
Ishak  Ramly
Peribahasa adalah cabang dalam sastera Melayu dan merupakan  ikatan bahas a atau  puisi Melayu 
kuno yang bernilai sastera.
Sumber: Perkembangan  Peribahasa 
Dalam  Bahasa Melayu, Jurnal
,Januari 1990
Keris Mas
Peribahasa adalah percakapan atau  ujian yang mengandungi kebijaksanaan pemikiran
dan  pemerhatian ,yang  tersusun 
dalam  bentuk yang ringkas, indah,
sedap didengar  dan benar  pada  perasaan  dan  fikiran.
Sumber: Perbincangan Gaya
Bahasa  Sastera,DBP(1988)
Abdullah   Hussain
Peribahasa  itu  sama  tuanya  dengan 
bahasa sesuatu bangsa dan peribahasa mula-mula digunakan apabila bangsa manusia
mulai mengenal peradaban ,ketika organisasi 
kehidupan  perlu  diatur, batas antara  baik dengan  yang 
buruk perlu diadakan  untuk  menjadi 
pendinding  tata  tertib 
pergaulan dan perhubungan hidup sesame manusia.
Sumber: Kamus  Istimewa 
Peribahasa Melayu.DBP(1989)
Aspek Peribahasa 
Kurang Dititikberatkan Walaupun Peribahasa Elemen Penting Dalam  Kemahiran 
Berbahasa.
a)    
Anggapan
bahawa  peribahasa  merupakan 
bahasa  klise/milik sastera lama
-Tidak  memahami 
peribahasa  dengan  baik.
-Peribahasa   sukar 
diingati
           -pengajaran  peribahasa 
membosankan
Sumber: Goh Suzie: Penggunaan  Peribahasa 
Melayu  Pelajar
Menengah,Jurnal DBP(1998)
b)   
Masalah  Mempelajari 
Peribahasa
-Terlalu  banyak 
makna yang tersirat
-Terlalu  banyak  yang perlu dihafal
-Peribahasa  terlalu panjang dan pelbagai makna
-Ada
 peribahasa yang mengelirukan
Pengajaran  
Peribahasa
a)Abdullah  Hassan  dan  Ainon  Mohd  menyebut:
Para
penutur Bahasa Melayu belajar bahasa kiasan secara alamiah sepertimana mereka  belajar perkataan-perkataan  Melayu yang lain .
 - Mereka 
belajar bentuk-bentuk  kiasan  dan menghafal 
makna-makna kiasan  tersebut. Memang  tiada  jalan
lain belajar  kiasan /peribahasa selain menghafalnya.
Sumber:
Kamus Pepatah, Bidalan-bidalan,Perumpamaan PTS Publication & Distributors
Sdn.Bhd.2003
b)Ishak 
Ramly menulis  pengajaran peribahasa  bukan  sahaja
berguna untuk –kemahiran  bahasa  tetapi 
mempertajam  rasa sehingga karangan
menjadi indah dan bermutu.Dahulu menghafal peribahasa dan maknanya adalah  perkara 
biasa.
-Taraf  sekarang, peribahasa bukanlah  untuk dihafalkan tetapi untuk digunakan  sekerap 
mungkin dan  digabungjalinkan   dalam pelbagai situasi.
Sumber:
Perkembangan Peribahasa Dalam  Bahasa Melayu,
Jurna lDBP, Januari 1990
LohBoh Boon  menyatakan peribahasa sebagai satu aspek Bahasa  Melayu yang indah, seharusnya  diajar agar murid-murid dapat menikmati dan menghayati
keindahannya malah menggunakannya untuk melahirkan fikiran  dan  perasaan  dengan 
tepat dan halus.
-Pengajaran  Peribahasa di sekolah  melalui 3 peringkat  berikut:
1)   
Pengamatan  tentang 
pertalian di antara  benda-benda
yang dibandingkan.
2)   
Penyimpulan  erti simbolik 
(tersembunyi)
3)   
Penilaian  tentang 
ketepatan  perumpamaan  dalam  kontek.
Sumber:
Pengajaran  Peribahasa  Melayu, Perspektif  Dalam  Pengajaran
BM,DBP
1989.
Cover,D.J 
mencadangkan  peribahasa 
diajar  dengan empat  teknik:
1)   
Guru
menggunakan  buku nota tatabahasa sebagai
alat mencatat peribahasa  terpilih  dan  membina
ayat berdasarkan peribahasa tersebut.
2)   
Pelajar
membaca  petikan yang  mengandungi 
peribahasa  dan guru menanyakan  peribahasa 
dan  berbincang  tentangnya.
3)   
Berdasarkan
“Blackboard Composition” guru mencatat dan membimbing serta berbincang akan peribahasa
sehingga menghasilkan karangan  lengkap.
4)   
Berdasarkan  petikan dialog yang ada peribahasa, murid diajak
menghafaz dialog tersebut  bagi  meningkatkan 
konteks penggunaannya.
Sumber: Idioms and The Teaching Of An Active
Vocabulary, Oxford , University Press, 1971
Qamar  Mamat Mencadangkan Pengajaran  Pempelajaran  Peribahasa:
1)    Kaedah  konteks  yakni  berdasarkan
 konteks  dan  ayat
 dilanjutkan penggunaannya  dalam  ayat
 bebas.
2)    Kaedah latih-tubi
berdasarkan  situasi, simulasi, main
peranan, sumbangsaran,  boneka
3)    Bukan  teknik  menghafal
 semata-mata
Sumber: Mengajarkan 
 Bahasa  Menggunakan  Simpulan Bahasa , Jurnal DBP ( 1996)
Pengajaran Peribahasa
-        
Kaedah lakaran- Guru menggunakan lakaran tertentu di
atas kad, papan tulis atau modul.
-        
Kaedah meramal-Guru latih murid berfikir untuk
mencari simpulan bahasa yang berdasarkan objek.
Contoh: kaki
Kaki- bangku
                        -botol
                      -bola
                   
             -ayam
-Kaedah mengisi tempat kosong iaitu melengkapkan petak dengan huruf yang  
       sesuai bagi membentuk
peribahasa.
       Murid digalakkan berbincang
untuk tujuan tersebut.
        A  ______ _____            _____ UK________
        A        I             R                  M     U  
K    A
-Guru bahasa wajar mempelbagai kaedah pengajaran pembelajaran untuk
menarik minat pelajar agar p &p tidak terikat dan membosankan.
-Sukatan Pelajaran (2002) mencatatkan :
1)Peribahasa tidak seharusnya diajar dengan menyuruh murid menghafaz
maksud  
    peribahasa yang disenaraikan.
2) Strategi-strategi pengajaran yang berkesan,lebih bermakna,menarik
dan   
mencabar perlu digunakan
seperti pendekatan kontekstual iaitu naratif, 
deskriptif dan sebagainya.
Penjelasan Peribahasa
1)   
Makna Selapis
-        
Peribahasa yang mengandungi makna yang tersurat
(maksud literal)
a)     Bidalan
b)    Pepatah
c)     Lidah Pendeta
atau Kata-Kata Hikmat
d)    Perbilangan
2)   
Makna Berlapis
-Perbahasa
yang  mengandungi makna tersirat
(maksud figuratif)
a)  Perumpamaan
b)  Kiasan
c)  Simpulan 
Bahasa
d)  Tamsil 
dan Ibarat
 
 






 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment