Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Terlebih dahulu saya mengucapkan rasa syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan izinNya, maka blog Laman Peribahasa ini dapat saya bangunkan. Saya memilih skop peribahasa sebagai pengisian di blog saya ini kerana saya mendapati bahawa peribahasa bukan setakat penyusunan perkataan yang rapi atau kelompok perkataan yang teratur sahaja malah peribahasa ini mempunyai pengertian yang tertentu.
Pada umumnya peribahasa digunapakai dalam kalangan masyarakat Melayu adalah untuk memberi pengajaran atau teguran dengan cara yang halus agar teguran tersebut tidak menyinggung hati mana-mana pihak. Justeru peribahasa itu berkaitrapat dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dalam pelbagai yang bersangkutan dengan alam sekeliling meliputi benda,haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Penggunaan peribahasa dalam masyarakat Melayu pada zaman dahulu kala khasnya dan pada masa kini amnya menunjukkan bahawa budaya dan adat resam bangsa Melayu amat unik dan indah , maka amat wajar penggunaannya dipertahankan supaya kekal menjadi warisan bangsa serta tidak pupus ditelan zaman.
Sekian, terima kasih.
terima kasih di atas info yang berguna
ReplyDeleteAssalamualaikum Warm Fuzzies. Saya sangat hargai kunjungan anda.Terima kasih atas sokongan.
Deleteblog yang baik....cuba masukkan info untuk upsr. misalnya analisa soalan upsr bhg penulisan sejak 2006...tentu menarik..
ReplyDeleteAssalamualaikum. Terima kasih saudara huziltalib kerana sudi ziarat ke blog saya.Insyaallah saya akan masukkan latihan-latihan berbentuk peribahasa.Terima kasih sekali lagi atas saranan anda.
DeleteSalam... teruskan.
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Terima kasih LiMehad kerana sudi berkunjung ke blog saya dan memberi sokongan. Selalulah datang ya.
DeleteBlog ini mempunyai satu fokus yang sangat baik untuk ditonjolkan. Sekarang ini kita semakin kurang atau mungkin tidak ada menggunakan sama sekali simpulan bahasa atau peribahasa di dalam perbualan dan penggunaan bahasa kita seharian. Maka dengan adanya pendekatan seperti ini dapat mendampingi masyarakat umum dan pelajar khususnya, untuk sentiasa membudayakan bahasa melayu agar kekal sepanjang zaman. Sekalung tahniah kepada Cikgu Jawiyah Osman yang berusaha untuk membina blog ini sebagai perkongsian ilmu buat kita semua. Terima kasih.
ReplyDeleteTerima kasih Nina Karina.Terima kasih atas kunjungan dan sokongan anda. Saya sangat berbesar hati dengan pandangan yang diberikankan.Moga info di blog ini berguna kepada semua pihak.
Delete