Maksudnya     : Pemimpin yang adil akan dimuliakan oleh
pengikutnya, sebaliknya pemimpin yang zalim akan
digulingkan.
Contoh ayat     : Hang Jebat sanggup menderhaka kepada  Sultan Melaka kerana baginya raja adil raja
disembah,  raja zalim raja disanggah.Wednesday, 12 December 2012
Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah
Lidah Pendeta : Raja
Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah
Badan Sihat Otak Cerdas
Lidah Pendeta : Badan  Sihat 
Otak  Cerdas
Maksudnya     : Kesihatan
yang baik membolehkan seseorang melahirkan idea yang bernas.
Contoh ayat     : Kementerian Pelajaran Malaysia melancarkan Dasar
1 Murid 1 Sukan kerana memegang
prinsip  badan sihat otak cerdas.
Rosak Badan Kerana Penyakit, Rosak Bangsa Kerana Laku
Lidah Pendeta : Rosak  Badan 
Kerana Penyakit, Rosak  Bangsa  Kerana 
Laku
Maksudnya     : Penyakit boleh merosakkan tubuh sementara
perlakuan yang  jahat boleh merosakkan nama
baik bangsa dan negara.
Contoh ayat     : Kita hendaklah mengamalkan gaya hidup sihat
untuk menjamin kesejahteraan kerana rosak
badan kerana penyakit, rosak bangsa kerana laku.Muafakat Itu Berkat
Lidah Pendeta : Muafakat  Itu 
Berkat
Maksudnya     : Sikap
bermusyawarah dan bekerjasama membawa 
faedah kepada semua.
Contoh ayat     : Segala masalah dapat diselesaikan  secara muafakat kerana muafakat membawa berkat.Pandu Cermat Jiwa Selamat
Lidah Pendeta : Pandu  Cermat 
Jiwa  Selamat
Maksudnya     : Memandu
kenderaan dengan berhati-hati  akan
menyelamatkan nyawa.
Contoh ayat     : Pandulah kenderaan anda dengan berhati-hati kerana
pandu cermat jiwa selamat.
Membaca Jambatan Ilmu
Lidah Pendeta : Membaca   Jambatan 
Ilmu
Maksudnya     : Amalan
membaca dapat membantu  kita menambahkan
pengetahuan.
Contoh ayat     : Jika kita rajin membaca maka bertambahlah
pengetahuan kita kerana 
                                 membaca
jambatan ilmu.Masa Itu Emas
Lidah Pendeta : Masa  Itu 
Emas
Maksudnya     : Masa
itu  sangat  berharga
Contoh ayat     : Janganlah
kita membuang masa dengan sia-sia kerana masa itu emas. 






