Wednesday 28 November 2012

Latihan



Latihan ( Simpulan Bahasa)
A) Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.
naik darah
halwa telinga
sehelai sepinggang
bidan terjun
ada gaya
sebatang kara
curi tulang
durian runtuh
cakar ayam
ulat buku
gaji buta
wang muka
berat sebelah
buta huruf
darah daging

1.       Ali selalu__________ ketika majikannya tiada.
2.     Cikgu Jawiyah menegur Auni kerana tulisannya ____________.
3.     Aida mendapat__________ kerana memenangi pertandingan kuiz.
4.     Alia memeng ______________ menjadi seorang model terkenal.
5.     Firaz seorang yang rajin ke perpustakaan kerana dia __________.
6.     Pekerja itu lebih banyak berehat daripada bekerja.Dia makan________ sahaja.
7.     Pak Deraman sanggup mengkhianati ___________nya sendiri demi harta pusaka.
8.     Mak Limah menyuruh anaknya membacakan surat yang baru  diterimanya kerana dia_____________.
9.     Kadir terpaksa membayar_______________ sebanyak RM5000 sebelum membeli kereta itu.
10. Banyak pihak yang tidak berpuas hati terhadap pengadil pertandingan bola sepak yang _______________ itu.
11. Encik Peter sekeluarga tinggal _____________apabila rumah mereka terbakar.
12. Razi _____________apabila gajinya dipotong oleh majikan tanpa alas an yang kukuh.
13. Rosni menjadi ______________dalam pertandingan kuiz itu kerana peserta sebenar tidak hadir.
14. Kong Seng mendengar muzik sebagai ________ semasa berehat di dalam biliknya.
15. Karim hidup __________ setelah kematian ibu bapanya.

B) Tandakan (/) atau (X) bagi penggunaan simpulan bahasa dalam ayat di bawah.
 1.  Mimi langkah kanan  apabila dikejar oleh harimau di hutan.        (    )
 2.  Penonton  geli hati dengan gelagat pelawak itu.                               (    )
 3.  Dia digelar  tangkai jering kerana suka menderma.                          (    )
 4.  Fifi naik angin kerana mendapat johan dalam pertandingan
      Bercerita itu.                                                                                                (    )
5.  Pada minggu hadapan Zulhelmi dan Hani akan menjadi raja sehari.(   )
6.  Marry membawa buah tangan  semasa melawat rakannya di hospital.(  )
7. Dia berjaya menjaringkan gol sebanyak dua kali semasa perlawanan bola 
sepak itu kerana dia kaki bangku. (    )
8.Encik Tan member duit kopi kepada pegawai bank itu bagi meluluskan    
   permohonan pinjamannya. (    )
9.Pelanggan boleh melakukan tawar-menawar semasa membeli barangan di
kedai itu kerana harga mati.
10. Khalid yang berhati batu itu sering ingkar akan nasihat bapanya. (     )

Latihan ( Simpulan Bahasa)
A)Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.
naik darah
halwa telinga
sehelai sepinggang
bidan terjun
ada gaya
sebatang kara
curi tulang
durian runtuh
cakar ayam
ulat buku
gaji buta
wang muka
berat sebelah
buta huruf
darah daging

1.       Ali selalu__________ ketika majikannya tiada.
2.     Cikgu Jawiyah menegur Auni kerana tulisannya ____________.
3.     Aida mendapat__________ kerana memenangi pertandingan kuiz.
4.     Alia memeng ______________ menjadi seorang model terkenal.
5.     Firaz seorang yang rajin ke perpustakaan kerana dia __________.
6.     Pekerja itu lebih banyak berehat daripada bekerja.Dia makan________ sahaja.
7.     Pak Deraman sanggup mengkhianati ___________nya sendiri demi harta pusaka.
8.     Mak Limah menyuruh anaknya membacakan surat yang baru  diterimanya kerana dia_____________.
9.     Kadir terpaksa membayar_______________ sebanyak RM5000 sebelum membeli kereta itu.
10. Banyak pihak yang tidak berpuas hati terhadap pengadil pertandingan bola sepak yang _______________ itu.
11. Encik Peter sekeluarga tinggal _____________apabila rumah mereka terbakar.
12. Razi _____________apabila gajinya dipotong oleh majikan tanpa alas an yang kukuh.
13. Rosni menjadi ______________dalam pertandingan kuiz itu kerana peserta sebenar tidak hadir.
14. Kong Seng mendengar muzik sebagai ________ semasa berehat di dalam biliknya.
15. Karim hidup __________ setelah kematian ibu bapanya.

B) Tandakan (/) atau (X) bagi penggunaan simpulan bahasa dalam ayat di bawah.
 1.  Mimi langkah kanan  apabila dikejar oleh harimau di hutan.        (    )
 2.  Penonton  geli hati dengan gelagat pelawak itu.                               (    )
 3.  Dia digelar  tangkai jering kerana suka menderma.                          (    )
 4.  Fifi naik angin kerana mendapat johan dalam pertandingan bercerita itu.                                                                                                (    )
5.  Pada minggu hadapan Zulhelmi dan Hani akan menjadi raja sehari.(   )
6.  Marry membawa buah tangan  semasa melawat rakannya di hospital.(  )
7. Dia berjaya menjaringkan gol sebanyak dua kali semasa perlawanan bola sepak itu kerana dia kaki bangku. (    )
8.Encik Tan member duit kopi kepada pegawai bank itu bagi meluluskan permohonan pinjamannya. (    )
9.Pelanggan boleh melakukan tawar-menawar semasa membeli barangan di kedai itu kerana harga mati.
10. Khalid yang berhati batu itu sering ingkar akan nasihat bapanya. (     )

Monday 12 November 2012

Contoh Tamsil dan Ibarat



  1. Tua-tua keladi, semakin tua semakin menjadi
  2. Keras-keras kerak nasi, kena air lembut juga
  3. Ibarat bunga, segar dipakai, layu dibuang
  4. Ibarat telur sesangkat, pecah sebiji pecah semuanya


Definisi Tamsil dan Ibarat

Memberi penjelasan tentang perkara yang hendak dibandingkan.

Contoh Lidah Pendeta / Kata-kata Hikmah / Kata –Kata Pujangga



  1. Ilmu Pelita Hidup
  2. Membaca Jambatan Ilmu
  3. Masa Itu Emas


Definisi Lidah Pendeta / Kata-kata Hikmat / Kata-kata Pujangga

Lidah Pendeta atau Kata-kata Hikmah atau Kata –Kata Pujangga mengandungi pengajaran atau falsafah hidup. Ia juga merupakan kata-kata yang sudah menjadi seperti peraturan atau nasihat yang dapat dijadikan pedoman.

Contoh Pepatah



  1. Berakit-rakit ke hulu, berenan-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
  2. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
  3. Ada padi semua jadi, ada beras semua deras
  4. Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat


Definisi Pepatah

Pepatah ialah susunan bahasa yang menjadi sebutan yang berkaitan dengan sesuatu peristiwa kehidupan masyarakat sehari-hari. Pepatah berasal daripada adat resam. Berfungsi sebagai pedoman dalam kehidupan bermasyarakat dan bentuknya berkerat-kerat atau berpatah-patah.

Contoh Perumpamaan



  1. Seperti kaca terhempas ke batu
  2. Bagai tikus jatuh ke beras
  3. Seperti bumi dengan langit
  4. Bagai pinang dibelah dua


Definisi Perumpamaan


Perumpamaan ialah susunan kata yang memberikan makna dalam bentuk perbandingan dan menggunakan pangkal kata seperti bak, bagai,macam, ibarat, laksana, seperti serta umpama.
Perumpamaan juga adalah hasil daripada analogi dua perkara.

Contoh Bidalan



  1. Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahit
  2. Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
  3. Belakang parang diasah lagikan tajam
  4. Jangan bawa resmi jagung, makin berisi makin tegak
  5. Menepuk air di dulang , terpercik muka sendiri

Definisi Bidalan


Bidalan ialah susunan bahasa yang berbentuk kiasan yang mempunyai erti
selapis yang menggambarkan perbandingan. Bidalan juga merupakan
ungkapan yang menjadi panduan nilai sosial, mengandungi teladan dan
nasihat.


Informasi Peribahasa


Faktor-faktor  Perkembangan  Peribahasa
Terdapat beberapa  faktor yang menjadi pemangkin kepada perkembangan peribahasa.

1)    Pengalaman dan pengamatan alam sekeliling.
Contoh: Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

2)    Lambang daripada keadaan dalam masyarakat.
Contoh: Bagai  menatang minyak yang penuh.
Menantikan kucing  bertanduk.

3)    Menyembunyikan kata-kata yang kasar
Contoh: Lembu punya  susu, sapi  dapat nama.
Siapa makan lada, dia terasa pedasnya.

4)    Menghuraikanadat
Contoh: Hukum berdiri  dengan adat, adat berdiri dengan bukti.
Siapa  menjala siapa terjun, siapa hutang siapa membayar

5)    Kata-kata orang yang arifdanbijaksana
Contoh: Berjagung-jagung  dahulus ementara menunggu padi masak.
Bawa resmi  padi semakin berisi semakin tunduk.

6)    KitabSuci
Contoh: Tuntutlah  ilmu, biar sampai ke liang kubursekalipun
Ilmu yang tiada diamal, seperti pohon tiada berbuah.

7)    Unsur-unsurasonansidanaliterasi
Contoh: Ikut hati mati, ikut suka duka,ikut rasa binasa
               Lain padang, lain belalang
               Lain lubuk lain ikannya
8)    CeritaDongeng
Contoh: Seperti Mat Jenin
Katak hendak  menjadi lembu
9)    Pengaruhbudaya lain
Contoh:Dalam laut boleh diduga ,dalam hat isiapa tahu (Siam)
       Ada semut ada gula (Parsi)
BENTUK DAN SUMBER

Oleh kerana cakap-cakap itu dibentuk dengan satu ikatan bahasa yang indah, maka melekatlah  dimulut orang ramai, lalu dipakai untuk menjadi sebagai  perbandingan, teladan  dan pengajaran.

Sumber: Muhd.Yusof  Mustafa, Mastika Bahasa,DBP (1965)


Peribahasa mengandungi  ciri-ciri komunikasi  modeni aitu; keringkasan, ketepatan dan  kepadatan.

Sumber: AwangSariyan  (kata pengantar) Tikaman  Bahasa, Mohd.Adnan Mohd  Ariffin, DBP(1992)


Terdapat 3 sumberasal-usul peribahasa  Melayu:

1)    Pengalaman hidup rakyat  jelata
Contoh: Keli dua  selubang

2)    Pengamatan orang arif  bijaksana
Contoh: Takkan lari gunung  dikejar

3)    Kandungan kitab  suci
Tuntutlah  ilmu hingga ke negeri China

Sumber: Abdullah Hussein, Kamus  Istimewa Peribahasa Melayu
DBP(1989)

Peribahasa itu ialah rangkaian –rangkaian  perkataan yang tetap,      
Tersimpul dan terbeku dengan  susunan yang khas dan dipakai dengan
erti yang khas  berlainan daripada  asalnya.

Sumber: ZAABA, Ilmu Mengarang MelayuDBP  (1965)



TAKRIF /DEFENISI PERIBAHASA

Zainal Abidin  Ahamad

Segala  susunan   cakap yang pendek yang telah  melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan benar tujuannya di pakai sebut-sebutan orang sebagai  perbandingan, teladan  dan  pengajaran.

Sumber: Ilmu  Mengarang  Melayu, DBP (1965)


Sarwono   Pusposaputra
Peibahasa  mempunyai  kalimat  singkat yang menkristalisasikan pengalaman mendalam  dan  panjang, atau  secara bernas dapat  disebut: filsafat mini

Sumber: Kamus  Peribahasa,PTGramedia (1987)

S.Nathan
Pada umumny a peribahasa mencerminkan  pemikiran  kognitif masyarakat Melayu tradisional. Makna  simpulan  bahasa bersifat  kolokasi, iaitu  menunjukkan  hubungan  kedudukan  atau kewujudan  antara satu perkataan dengan  yang lain dalam satu susunan.

Sumber:Simpulan Bahasa: SatuTinjauan Dari SudutMakna, Jurna lDewan Bahasa  Novenber (1998)

Muhammad Ariff Ahmad
Peribahasa  (termasukkiasan ,simpulan bahasa,pepatah-petitih, bidalan, perbilangan  dan  perumpamaan) ialah rangkaian  kata yang lahir daripada amatan  para bijaksana (intelek) terhadap perihidup  manusia, yang melekat di mulut  ( dapat  disebut  bila-bila  masa  sahaja) dan yang luas maknanya  lagi benar  tujuannya.

Sumber: Perlunya Pembakuan  Peribahasa, Bahasa  Jiwa   Bangsa 1990

Awang  Sariyan
Peribahasa dalam sesuatu bahasa mempunyai peranannya  yang istimewa, bukan sahaja memperkaya khazanah bahasa bahkan  lebih penting daripada itu memancarkan  pandangan  hidup, nilai, sikap,cara  berfikir, dan  kepekaan akal budi   masyarakat  pengguna  bahasa  itu.

Sumber:Tikaman  Bahasa  ,Mohd Adnan Mohd.Ariffin,Dewan Bahasa dan Pustaka(1992)

Ishak  Ramly
Peribahasa adalah cabang dalam sastera Melayu dan merupakan  ikatan bahas a atau  puisi Melayu  kuno yang bernilai sastera.

Sumber: Perkembangan  Peribahasa  Dalam  Bahasa Melayu, Jurnal ,Januari 1990

Keris Mas
Peribahasa adalah percakapan atau  ujian yang mengandungi kebijaksanaan pemikiran dan  pemerhatian ,yang  tersusun  dalam  bentuk yang ringkas, indah, sedap didengar  dan benar  pada  perasaan  dan  fikiran.

Sumber: Perbincangan Gaya Bahasa  Sastera,DBP(1988)

Abdullah   Hussain
Peribahasa  itu  sama  tuanya  dengan  bahasa sesuatu bangsa dan peribahasa mula-mula digunakan apabila bangsa manusia mulai mengenal peradaban ,ketika organisasi  kehidupan  perlu  diatur, batas antara  baik dengan  yang  buruk perlu diadakan  untuk  menjadi  pendinding  tata  tertib  pergaulan dan perhubungan hidup sesame manusia.

Sumber: Kamus  Istimewa  Peribahasa Melayu.DBP(1989)







Aspek Peribahasa  Kurang Dititikberatkan Walaupun Peribahasa Elemen Penting Dalam  Kemahiran  Berbahasa.

a)     Anggapan bahawa  peribahasa  merupakan  bahasa  klise/milik sastera lama
-Tidak  memahami  peribahasa  dengan  baik.
-Peribahasa   sukar  diingati
           -pengajaran  peribahasa  membosankan

Sumber: Goh Suzie: Penggunaan  Peribahasa  Melayu  Pelajar
Menengah,Jurnal DBP(1998)

b)    Masalah  Mempelajari  Peribahasa
-Terlalu  banyak  makna yang tersirat
-Terlalu  banyak  yang perlu dihafal
-Peribahasa  terlalu panjang dan pelbagai makna
-Ada  peribahasa yang mengelirukan

Pengajaran   Peribahasa

a)Abdullah  Hassan  dan  Ainon  Mohd  menyebut:
Para penutur Bahasa Melayu belajar bahasa kiasan secara alamiah sepertimana mereka  belajar perkataan-perkataan  Melayu yang lain .
 - Mereka  belajar bentuk-bentuk  kiasan  dan menghafal  makna-makna kiasan  tersebut. Memang  tiada  jalan lain belajar  kiasan /peribahasa selain menghafalnya.

Sumber: Kamus Pepatah, Bidalan-bidalan,Perumpamaan PTS Publication & Distributors Sdn.Bhd.2003

b)Ishak  Ramly menulis  pengajaran peribahasa  bukan  sahaja berguna untuk –kemahiran  bahasa  tetapi  mempertajam  rasa sehingga karangan menjadi indah dan bermutu.Dahulu menghafal peribahasa dan maknanya adalah  perkara  biasa.
-Taraf  sekarang, peribahasa bukanlah  untuk dihafalkan tetapi untuk digunakan  sekerap  mungkin dan  digabungjalinkan   dalam pelbagai situasi.

Sumber: Perkembangan Peribahasa Dalam  Bahasa Melayu, Jurna lDBP, Januari 1990


LohBoh Boon  menyatakan peribahasa sebagai satu aspek Bahasa  Melayu yang indah, seharusnya  diajar agar murid-murid dapat menikmati dan menghayati keindahannya malah menggunakannya untuk melahirkan fikiran  dan  perasaan  dengan  tepat dan halus.

-Pengajaran  Peribahasa di sekolah  melalui 3 peringkat  berikut:

1)    Pengamatan  tentang  pertalian di antara  benda-benda yang dibandingkan.
2)    Penyimpulan  erti simbolik  (tersembunyi)
3)    Penilaian  tentang  ketepatan  perumpamaan  dalam  kontek.

Sumber: Pengajaran  Peribahasa  Melayu, Perspektif  Dalam  Pengajaran
BM,DBP 1989.

Cover,D.J  mencadangkan  peribahasa  diajar  dengan empat  teknik:

1)    Guru menggunakan  buku nota tatabahasa sebagai alat mencatat peribahasa  terpilih  dan  membina ayat berdasarkan peribahasa tersebut.
2)    Pelajar membaca  petikan yang  mengandungi  peribahasa  dan guru menanyakan  peribahasa  dan  berbincang  tentangnya.
3)    Berdasarkan “Blackboard Composition” guru mencatat dan membimbing serta berbincang akan peribahasa sehingga menghasilkan karangan  lengkap.
4)    Berdasarkan  petikan dialog yang ada peribahasa, murid diajak menghafaz dialog tersebut  bagi  meningkatkan  konteks penggunaannya.

Sumber: Idioms and The Teaching Of An Active Vocabulary, Oxford , University Press, 1971


Qamar  Mamat Mencadangkan Pengajaran  Pempelajaran  Peribahasa:

1)    Kaedah  konteks  yakni  berdasarkan  konteks  dan  ayat  dilanjutkan penggunaannya  dalam  ayat  bebas.
2)    Kaedah latih-tubi berdasarkan  situasi, simulasi, main peranan, sumbangsaran,  boneka
3)    Bukan  teknik  menghafal  semata-mata

Sumber: Mengajarkan   Bahasa  Menggunakan  Simpulan Bahasa , Jurnal DBP ( 1996)

Pengajaran Peribahasa

-         Kaedah lakaran- Guru menggunakan lakaran tertentu di atas kad, papan tulis atau modul.
-         Kaedah meramal-Guru latih murid berfikir untuk mencari simpulan bahasa yang berdasarkan objek.
Contoh: kaki

Kaki- bangku
                        -botol
                      -bola
                                 -ayam
-Kaedah mengisi tempat kosong iaitu melengkapkan petak dengan huruf yang 
       sesuai bagi membentuk peribahasa.
       Murid digalakkan berbincang untuk tujuan tersebut.

        A  ______ _____            _____ UK________

        A        I             R                  M     U   K    A







-Guru bahasa wajar mempelbagai kaedah pengajaran pembelajaran untuk menarik minat pelajar agar p &p tidak terikat dan membosankan.


-Sukatan Pelajaran (2002) mencatatkan :
1)Peribahasa tidak seharusnya diajar dengan menyuruh murid menghafaz maksud 
    peribahasa yang disenaraikan.

2) Strategi-strategi pengajaran yang berkesan,lebih bermakna,menarik dan  
mencabar perlu digunakan seperti pendekatan kontekstual iaitu naratif, 
deskriptif dan sebagainya.


Penjelasan Peribahasa

1)    Makna Selapis
-         Peribahasa yang mengandungi makna yang tersurat (maksud literal)

a)     Bidalan
b)    Pepatah
c)     Lidah Pendeta atau Kata-Kata Hikmat
d)    Perbilangan


2)    Makna Berlapis
-Perbahasa yang  mengandungi makna tersirat (maksud figuratif)
a)  Perumpamaan
b)  Kiasan
c)  Simpulan  Bahasa
d)  Tamsil  dan Ibarat


Sunday 11 November 2012

Pantun Peribahasa


Budak-budak kupas bawang,
Taruh mari di dalam mangkuk;
Jangan  bawa  resmi  keluang,
Tak  boleh tengok buah di pokok.

Buah langsat kuning mencelah,
Sayang  senduduk  berbunga  pagi;
 Sudah dapat  gading bertuah,
 Tanduk tidak berguna  lagi.

Buah berembang di atas  para,
Anak kumbang si ampai-ampai;
Memakai  subang  kusangka  dara,
Rupanya memang  ditebuk  tupai.

Bunga  Bakawali  di Teluk  Cengal
Buat  ubat  seribu  guna;
Kilas di air sudah kukenal,
Yang  mana satu  jantan betina.

Burung jelatik  burung jeladan,
Ketiga dengan burung tempua;
Sama cantik sama  padan,
Ibarat  pinang  dibelah  dua.

Burung  disebut   si burung  merak,
Menjadi  ratu  istana  rimba;
Untung  sabut  timbul nampak,
Untung  batu  tenggelam  hamba.

Cari  rebung  tanah  seberang,
Letak  mari di atas  tikar;
Kalau   menyambung  hendaklah  panjang,
Kalau  menebar  hendaklah  lebar.

Cedok air dengan  baldi,
Cedok  nasi  dengan  senduk;
Baik  dibawa  resmi  padi,
Semakin  berisi  semakin  tunduk.

Cendawan  tumbuh di batang,
Diambil orang setiap  hari;
Bagai  bulan di pagar  bintang,
Pengantin  duduk  suami  isteri.

Cik   Yam duduk  di pintu,
Sambil  menjahit baju  kurung;
Sahabat  diam  memang  begitu,
Macam  gunting  makan  di hujung.

 Dari Siam  pergi  Kelantan,
Dari Kelantan ke negeri China;
 Sesal   dahulu  pendapatan,
 Sesal  kemudian  tiada  guna.

Daun  sireh  jangan  dikait,
Kalaulah  kait  mematah  layu;
Telunjuk  lurus  kelengkeng  berkait,
Itu   pepatah  orang  Melayu.

Dayang  Juita  menanam  padi,
Rumah  buruk  tangga  sembilan;
Air mata  jatuh  ke  pipi,
Macam  pungguk  rindukan  bulan.

 Daging  punai di dalam  dulang,
 Kasi  makan datuk Temenggung;
 Jangan  bawa resmi udang,
 Ekor berdetik tahi di hujung.

Gunung Daik  bercabang  tiga,
 Nampak dari Kuala Deli;
Buat  baik   berpada-pada,
Buat  jahat  jangan  sekali.